Wednesday, February 23, 2011

Mia : 1st month part II


Ni gamba mia masa dalam pantang kat umah nekma.umur mia baru beberapa hari.

Mia : 1st month

MIA now dah almost 6months.
on last 2 weeks she started to meniarap..

Lama tak update blog ni..niat di hati nk buat blog ni tempat utk rekod perkembangan hidup especially perkembangan Mia..tp,ntah nape mcm malas je nk bukak,nk update,nak publish...

ok.lets citer skit2 ape yg tringat skang ni..
maybe after this i can get use to it dan jadi rajin utk upload.
This is for Mia jugak...sok dia dah besar,boleh dia baca ape yg ibu dia membebelkan sepanjang masa dia baby lagi.

31 ogos 2010.
jam 7.25malam.
kat hospital serdang..
Mia selamat dilahirkan ditemani oleh abah.ibu ingat lagi abah menangis sebb terharu sgt dapat baby girl.maklumlah keluarga abah takde anak perempuan.nek wan pon menangis kat tganu.kan masa dalam perut semua org ingt Mia ni baby boy...thats y byk baju mia kaler biru and seluar jek...
due mia kan sepatutnya 25hb ogos...tp mia taknak keluar lagi.abah cuti nuzul quran 27hb terus ibu tak bg abah balik sebb berderet public holiday masa tu.
on 29hb ogos masa g jalan2 kat jusco tmn equine , dah start turun darah sikit..
so ibu tunggu 1hari lagi dan tgk blood spot still ade..on 30hb ibu ajak abah g hospital.
tp masa check up doctor bgtau br buka 1cm..so ibu kena balik dulu.
on the way nk balik tu sempat lagi ibu ajak abah g jalan2, g bazar ramadhan..hihiihi.
malam 30hb tu abah bgtau ibu dia nk kuar g puchong jumpa uncle john.so ibu kata pegi lah..lagi pon mia pon tanak keluar lg..
tiba-tiba pukul 1pagi,31hb ogos air ketuban ibu pecah...bunyi 'pop'...
abah takde masa tu..
so wawa dengan nekma yg hantar ibu g hosp serdang.
ibu kol abah,trus abah g hospital serdang dr puchong.
ibu warded pukul 2pagi..nekma dengan wawa balik umah.tinggal abah tido kat kete sbb tak leh masuk wad.
dari pukul 2pg tu sampai pukul 9pagi , 31hb ogos contraction tak berhenti2.
dari setiap 2,3 jam sampai jadi setiap setengah jam. malam tu ibu tak leh tido lgsg sbb sgt sakit.
air ketuban sentiasa mengalir especially bila ibu bergerak.
pagi tu ibu tak leh breakfast..cuma minum air kotak milo dan makan roti sikit.
pukul 9 pg doctor datang cek ibu,muda..lelaki...
bila doctor cuba nk sembang dengan ibu, ibu leh ckp 'tunggu jap doc,sakit..'hilang contraction br ibu dapat bercakap...doctor pon tnya , 'sakit sgt ke?'...ibu angguk je,tak leh senyum lgsg.ibu rasa ibu pucat lesi..
doctor cek , baru buka 3cm...
doctor call labour room,tnya ade kosong tak..then suh nurse prepare ibu untuk masuk labour room.
pukul 10pagi ibu dalam labour room...air mata dah mengalir,ibu teresak2 sbb contraction tu sakit sgt..dan semakin kerap..
abah ade dengan ibu tak lama ibu masuk labour room.
start dari masa tu kerja ibu sedut gas etanoks utk kurangkan sakit..
selama dekat 10jam abah teman ibu dalam labour room tu..ibu dengan abah dua kena puasa.ibu dahaga sgt tp tak boleh minum..
setiap jam nurse (bidan) datang cek bukaan..setiap jam bukan 1 cm jek.
sampai ibu tnya nurse 'lama lagi ke nk leh kuar baby?'...nurse suh ibu sabar..kata dia,contraction ibu bagus..mmg sakit tapi tahan lah...sampai buka 10cm..
tiap jam ibu mengira brape cm lagi nk capai 10cm..
kesian abah, layan ibu dalam labour room tu...

sayang takde gambar..abah takot nk kuarkan hp..takot ganggu ape2 alat dlm labour room tu.

pkul 7malam ibu rasa dah start ibu push mia keluar..
masa tu 9cm.
3 org nurse yang sambut mia.abah setia dok sbelah ibu..
mula2 ibu tak reti teran..tp bila nurse ajar ibu teran mia sekejap jek..maybe dalam 4,5 kali dah lepas satu badan mia.
nurse kata keluar je mia berak..dan trus nangis..tak perlu tepuk2..
bila nurse angkat tunjuk mia kat ibu...tak sangka mia baby girl..
abah sampai mintak tunjuk kali kedua...hihihi.
then nurse amik mia keluar utk bersihkan .. dan bersihkan ibu juge..
masa tu org buka puasa...ibu dapat lah susukan mia masa nurse2 tu g buka puasa sekejap.
1st time ibu pegang mia...sentuh kulit mia...just 2 of us..
hilang semua sakit .. betol..
mia lak mcm terer menyusu,mcm 'anak burung' cari nipple ibu...
menitik lagi air mata ibu masa tu...air mata kegembiraan..

then nurse datang jahit.. amik masa almost sejam..
br ibu dengan mia dihantar ke wad.
malam tu ibu tido dengan mia..berdua..
feeling : like heavan

esok nya : 1st sep 2010
kita balik umah jam 2pm.
nekma dengan ateh pon ade amik kite.
start lah ibu berpantang kat umah nekma..sampai la seminggu lepas raya..



















Ini mia beberapa jam lepas deliver.
malam ni 1st time mia tido dengan ibu..
mia lahir je mata mia celik..bulat sangat..
comel anak ibu..