Thursday, October 9, 2008

Pagi yang indah

Mungkin yang menghantui aku selama ini hanyalah rasa bersalah.
GUILT..blame..
Dengan hanya tahu dia sedang berbahagia kini, aku rasa seperti satu lingkaran yang membelit leherku telah terlerai satu persatu dan semakin melonggar.
Nafaz ku semakin normal.
Dada ku kini semakin lapang.
Mungkin yang ada hanyalah sisa kenangan.
Harus apa aku menyesal? Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Itu perjanjian AlKhaliq.

Namun, tiada penipuan yang mampu menutupi seluruhnya satu fakta.
Ada sisa sekelumit perasaan tidak enak.
Untuk dia tidak lagi mengagungkan cinta nan satu. kerna dia yang pertama ku.
Ahh.. untuk apalah aku mementingkan diri.
Cukup lah selama ini dia menanggung derita jiwa.
Syukur telah ada insan pengisi jiwanya.

Berbahagia lah duhai kawan..
Cinta mu itu pasti sejati. Pengganti kasih ku dulu yang terlalu daif.
Aku doakan dikau berbahagia.
Untuk kekasihmu, aku cuma ingin berpesan.. jagalah jiwanya.cintai lah dia sesunguh hati mu.kerna dia terlalu tulus dan cintanya suci.
dan sememangnya aku sedar cinta itu tidak pernah kan layak menjadi milikku...
lalu telah ku buang dr awalnya..hingga dia merana.
maaf kerana itu.. silapku..
Selamat Berbahagia..
Aku akan slalu di sini.

No comments: