Monday, June 21, 2010

Penghujung Rindu-Jamal Abdillah

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

***

Lirik lagu ni terlalu dalam maksudnya..
ada makna yang tersirat dan tersurat..
dulu...aku tak faham..hanya sekadar mendengar dan enjoy the song tanpa memikir erti..
tp sekarang...liriknya bisa menyentuh tapak paling dalam dalam jiwa.
jiwa yang sedang mencari-cari sesuatu yang hakiki...

sentuhan saudara syed mohd amin sahab

No comments: