Thursday, January 11, 2024

I am a mom.
I am a wife.
I am a daughter.
I am 42 years old.

I am having the best life ever. Alhamdulillah.
Allah sangat baik. 

Setahun sudah separuh jiwaku berada di perantauan. Setahun sudah jiwa yang tinggal ini dihujani pelbagai emosi. Wanita dan overthinking mmg tak pernah dapat lari jauh. Dan dalam keresahan ini juga aku memujuk hati untuk percaya perancangan Allah ini adalah terbaik buat kami.

Biarpun andai suatu hari nnt aku mungkin akan dikejutkan dengan dugaan paling aku risaukan.. Ketika itu aku berjanji untuk tabah. Sesungguhnya hati kita Allah yang pegang seeratnya. Siapa lah kita untuk mempersoalkan ketatapan Nya. Mungkin saat itu nanti, air mata akan jd pemujuk jiwa yang lara. Berkata lah nanti kepada jiwa, Allah hanya akan menguji hambaNya dengan ujian yg pasti bakal ditempuhi. Tiadalah akan ditinggalkan hambaNya itu sendirian melainkan dia yang lari dari kenyataan.