Thursday, February 5, 2009

Hati, fikiran & jiwa

Terlalu terusik jiwa malam tadi.
Mengenang sgala yang telah lalu.
Ada waktu hati ini terlalu rapuh, mengharap sesuatu yang mustahil.
Menggapai sesuatu yang sudah tau akan akhirnya.
Mengapa ya?
Hati dan fikiran seringkali bertelingkah.
Lantas menjadikan jiwa letih dan lesu..
Sampai kapan hati dan fikiran ini akan menyeksa jiwaku?
Hmmm..sampai bila, lantas keluhan itu hadir lagi seperti ombak yang kadangkala hadir menghempas pantai jiwa..lantas juga membawa pergi beban yang terpundak ini..untuk seketika.

Sudah lah..cukup lah kalian duhai hati dan fikiran..
Jangan mampir lagi.
Tinggalkan aku dan jiwaku sendiri..
Aku cuma mahu pasrah dan berserah pada Nya.

No comments: