Wednesday, March 3, 2010

Ape itu Talasemia?

Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.

Paras Hb diukur dengan unit gram bagi setiap deciliter darah (g/dl). Pesakit talasemia sering menunjukan paras Hb yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Ada dua jenis talasemia iaitu talasemia minor (pembawa baka) dan talasemia major (seseorang yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dikenali sebagai penghidap talasemia).

Sel darah merah yang normal berfungsi membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Paras Hb yang rendah akan menyebabkan pesakit berasa lemah, lesu, kurang bermaya dan mungkin sesak nafas jika paras Hb semakin menurun.

Jika anemia itu sangat teruk, seperti dalam kes talasemia major, pembesaran kanak-kanak itu akan terbantut dan jika tiada rawatan, kanak-kanak itu boleh menemui maut.

Talasemia boleh ditemui di kalangan penduduk seluruh dunia, terutama di negara Asia dan Mediterranean. Di Malaysia, jumlah pembawa baka talasemia ialah di antara 600,000 dan 1 juta daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat, perlulah diketahui jenis thalassemia tersebut samada alpha atau beta..
Sebab ada beza antara keduanya..
Kedua kena tahu plak tahap level diorang..
Thalassemia major ataupun level paling power boleh mengakibatkan maut kalau tak dirawat dengan segera.

gejala talesemia major:
-Kanak-kanak itu kelihatan normal ketika dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mula mengalami anemia apabila berusia di antara 3 dan 18 bulan
-Pucat semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
-Anemia yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas
-Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa
-Pembesaran tengkorak, tulang pipi dan tulang rahang (tanda lewat).

rawatan bagi talasemia:
-Rawatan asas membabitkan beberapa komponen, pemindahan darah secara berkala, penggunaan ubat-ubatan desferrioxamine dan pembedahan untuk mengeluarkan organ limpa jika perlu
-Rawatan lanjutan pula membabitkan pemindahan sumsum tulang daripada penderma yang bersesuaian


***

thnx to forum kat www.iluvislam.com
ibu try cari ape itu talasemia ni..saje cari info...but still,i am worried...

No comments: