Monday, January 11, 2010

Tips taknak nmpak gemokss..

Bila pregnant mesti berat bdn naik...
tu tak pe lagi...
tp kalau dah abis peknen pon gemok lagi cemana ek?
haaa....maybe tips ni boleh membantu....

TIP mahiri ilusi optikal


1. Leher V membantu garisan menegak tubuh tidak ketara. Diakui baik untuk anda.
2. Leher penyu (turtle neck) akan membuat si pemakai kelihatan seperti penyu. Sudah semestinya tidak bagus untuk anda.
3. Jika punggung anda lebar, kain atau skirt berpotongan A mahupun kembang payung dapat “mengecilkannya”.
4. Kain atau skirt berpinggang tinggi yang diperbuat daripada fabrik yang boleh memberi atau meregang dapat memperkemaskan bahagian perut yang masih buncit.
5. Jaket berkedut bisa membuatkan sesiapa sahaja yang memakainya kelihatan kecil. Namun ia tidak begitu digalakkan jika anda berpunggung lebar.
6. Fabrik berkilat membuatkan anda kelihatan lebih besar.
7. Seluar ketat hitam legam yang dipadankan dengan pemakaian kasut bertutup hitam akan menjadikan kaki anda kelihatan kecil.
8. Jika pakaian anda mempunyai poket pastikan ia tidak dipenuhi barang. Ini kerana ia akan menambahkan lagi saiz tubuh anda.
9. Tali pinggang yang berukuran lebar akan memperbaiki bentuk pinggang. Namun, elakkan daripada memakai tali pinggang yang terlalu ketat.
10. Seluar panjang yang sedikit berkedut di bahagian hadapan akan memanjangkan kaki. Poket di bahagian belakang seluar pula akan mengecilkan punggung yang besar.

1 comment:

mizara said...

bior kan ajo la nampak gemokss..gemok time pengnant sooooo the comel dan seksiiiiiiiiiii uuuuuu phewitttttt